LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat pelajar senior sekelian
Terlebih dahulu saya mengucapkan Tahniah kepada para pelajar sekelian kerana telah berjaya meneruskan pengajian di PMS diatas kecemerlangan keputusan peperiksaan yang dikeluarkan baru-baru ini. Hasil daripada makluman yang telah diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, pelajar dibenarkan pulang ke kampus PMS mulai daripada 15 Oktober 2021 dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KPT.
Beberapa perkara yang perlu diambil maklum disini adalah :
- Pelajar perlu membuat pendaftaran pengajian terlebih dahulu dengan membuat pembayaran sebanyak RM 200.00 melalui kaedah pembayaran JOMPAY secara atas talian.
- Hanya pelajar yang telah lengkap proses vaksinasi dibenarkan untuk masuk ke kampus secara fizikal bagi meneruskan pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara bersemuka.
- Pelajar berkeperluan yang masih belum melengkapi proses vaksinasi dinasihatkan agar segera melengkapkan proses tersebut melalui kemudahan walk-in yang disediakan oleh PPV.
- Bagi pelajar yang tidak mengambil vaksin atas faktor kesihatan, pelajar bolehlah menghubungi pihak HEP, PMS untuk tindakan penyelarasan
- Pelajar yang telah lengkap proses vaksinasi tidak perlu ditempatkan di pusat pengasingan
Diharapkan pelajar-pelajar senior sekelian dapat mengambil tindakan segera berdasarkan daripada maklumat yang telah diberikan seperti diatas.