Friday, October 22, 2021

STATISTIK KEMASUKAN PELAJAR FASA 1

Hasil daripada kajiselidik dan senarai nama yang telah dihantar oleh pihak jabatan kepada Unit Hal Ehwal Pelajar, jumlah pelajar yang sepatutnya hadir ke PMS adalah seperti berikut.


Jumlah sebenar pelajar yang berada di kampus pada tarikh  21.10.2021 adalah seperti berikut :

Pelajar LI - 4 orang

  • Lelaki - 4
  • Perempuan - 0
Jumlah Pelajar - 519

  • Perempuan - 246
  • Lelaki - 273
Kedudukan Pelajar Di Blok Asrama

  • Blok 1 Perempuan - 11
  • Blok 2 Perempuan - 25
  • Blok 3 perempuan - 51
  • Blok 4 Perempuan - 112
  • Blok 5 Perempuan - 47
  • Blok 6 Perempuan - 0
  • Blok 1 Lelaki - 85
  • Blok 2 Lelaki - 38
  • Blok 3 Lelaki - 149
  • Blok 4 Lelaki - 1

Bilangan Pelajar Mengikut jabatan

  • JP - 67
  • JPH - 176
  • JRKV - 33
  • JTMK - 39
  • JKM - 204



Thursday, October 21, 2021

KEMASUKAN PELAJAR FASA 1

 

Kemasukan pelajar fasa 1 telah berlangsung bermula pada 18 Oktober 2021 sehingga 20 Oktober 2021 secara berperingkat mengikut jabatan. Seawal jam 8.45 pagi, para petugas yang terdiri dari 70 orang sukarelawan (fasilitator) dan staf PMS membantu dalam mengendalikan kemasukan pelajar ke kamsis.

Selepas mendaftar, pelajar dikehendaki membuat ujian pengesanan COVID 19 kendiri (test kid) untuk memastikan tahap kesihatan pelajar berada di dalam keadaan yang baik sebelum masuk ke asrama. Kesemua pelajar juga telah memberi kerjasama yang baik didalam proses ini. Turut hadir pada pagi ini ialah Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik untuk meninjau perjalanan proses kemasukan pelajar ke kamsis.
Beg-beg pelajar dikumpulkan di suatu tempat untuk disanitasi agar berada di dalam keadaan bersih sebelum semua barangan pelajar dibawa masuk ke kamsis.
Proses pemberian kunci asrama oleh penyelia asrama. Pelajar dinasihatkan agar menjaga segala peralatan dan kemudahan asrama ini dengan baik.

SURAT PENGGILAN KEMASUKAN PELAJAR FASA 1

 

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT setelah sekian lama pembelajaran secara online berlangsung, pihak KPT telah pun memberi kebenaran kepada pelajar untuk masuk ke kampus PMS bagi meneruskan pengajian. Bagi fasa pertama ini, pihak PMS akan memanggil pelajar yang berkeperluan untuk memasuki ke kampus bermula dari 18 Oktober hingga 20 Oktober 2021 secara berfasa.

Dijangkakan seramai 619 orang pelajar yang akan terlibat dalam fasa pertama ini dan mereka ini telah melengkapi 2 dos vaksin dan cukup tempoh kematangannya. Diharapkan pelajar dapat memanfaatkan keperluan dan kemudahan yang ada di kampus PMS yang tujuan PdP. Pelajar juga dinasihatkan untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh pihak KPT dan PMS sepanjang berada didalam kampus.

SOP KEMASUKAN PELAJAR KE KAMPUS

Berikut adalah SOP kemasukan pelajar ke kampus dan diharapkan semua pihak dapat mematuhi SOP ini agar sama-sama kita dapat mengekang wabak C...