Kemasukan pelajar fasa 1 telah berlangsung bermula pada 18 Oktober 2021 sehingga 20 Oktober 2021 secara berperingkat mengikut jabatan. Seawal jam 8.45 pagi, para petugas yang terdiri dari 70 orang sukarelawan (fasilitator) dan staf PMS membantu dalam mengendalikan kemasukan pelajar ke kamsis.
Selepas mendaftar, pelajar dikehendaki membuat ujian pengesanan COVID 19 kendiri (test kid) untuk memastikan tahap kesihatan pelajar berada di dalam keadaan yang baik sebelum masuk ke asrama. Kesemua pelajar juga telah memberi kerjasama yang baik didalam proses ini. Turut hadir pada pagi ini ialah Pengarah, Timbalan Pengarah Akademik dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik untuk meninjau perjalanan proses kemasukan pelajar ke kamsis.
No comments:
Post a Comment