SESI DISEMBER 2020
Lapor diri pelajar senior PMS berlangsung pada 3 Mac 2021 bermula jam 8.30 pagi. Pendaftaran pelajar ini dibuka sehingga jam 5.00 petang. Pengarah PMS, Tuan Haji Hassan bin Ismail meluangkan masa untuk menyambut kehadiran pelajar senior seawal jam 8.00 pagi lagi. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Akademik Ts. Dr. Abdul Rahim bin Awang dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En Muhammad Iskandar bin Abu Thohib. Pendaftaran pelajar berjalan dengan lancar mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia.
No comments:
Post a Comment